umar al-khattab berkata, terdapat 9 junis anak syaitan iaitu :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat berjimat-cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barangan yng tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol, suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
6. Masuud
Duduk di mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip dan umpatan.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.